

Another Templates
Blog Archive
Followers
Cikgu Yaya ...
- Buku Tulis Cikgu
- Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Malaysia
- Masih menuntut di IPG Kampus Tuanku Bainun...Kos Pendidikan Seni Visual...Tamat pengajian pada November 2012...Sekolah pertama di SK Sri Penanti...
Powered by Blogger.


Bila ku jejak di SK Seri Penanti...
Author: Buku Tulis Cikgu
Monday, 21 March 2011

Praktikum oh praktikum....21 Mac 2011
0
comments
Hari pertama yang sangat mendebarkan aku seawal malam tadi sehingga ke detik ini.....
Pelbagai rasa, idea, dan perancangan tersusun secara tidak teratur di kotak merah dalam kepala ku. Perjalanan ke sekolah seawal 7.05 pagi akhirnya membawaku ke Sek.Keb.Seri Penanti, Kubang Semang dengan rasa bangga namun mendebarkan. Langkah ku sangat tenang tetapi hati ini Tuhan sahaja yang tahu...
Aku melaporkan diri di sekolah ini bersama - sama teman seperjuangan seramai 9 orang dan jumlah itu amat menterujakan. Tiba - tiba datang satu kekuatan untuk aku terus menapak di sekolah ini memperjuangkan nasib aku di dalam praktikum pertama. Perhimpunan mingguan yang dijalankan pada pagi itu memperlihatkan kepada ku seluruh warga Sek. Keb. Seri Penanti...Namun begitu, hari pertama persekolahan selepas seminggu bercuti kelihatan begitu asing apabila ketiadaan Guru Besar atas sebab - sebab yang tidak dapat dielakkan.
Langkah ku diteruskan lagi ke Bilik Gerakan untuk berjumpa dengan guru - guru kanan pentadbiran iaitu guru kanan Hal Ehwal Murid dan guru kanan ko-kurikulum. Sesi pengenalan dijalankan bersama guru yang bertanggungjawab mengagihkan jadual bertugas kami sepanjang sebulan berpraktikum. Setelah memegang jadual persendirian bagi tugasan praktikum ini sebanyak 12 waktu, terdetik rasa tanggungjawab yang sangat besar dan bermakna bagi diriku serta bakal anak didikku sekalian...
Guru pembimbing ku yang sangat baik, dedikasi dan professional, Puan Hartini telah banyak memberikan maklumat tentang pengajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah ini serta proses pengajaran yang dijalankan oleh beliau dan guru - guru lain yang terlibat. Kesempatan ini juga ku sempat melihat beberapa hasil pengajaran dan apa yang paling penting ialah penggunaan dan bekalan alat bahan yang disediakan oleh pihak sekolah. Setelah melawat bilik penyimpanan alat bahan seni ini, jelas menunjukkan proses PNP Pendidikan Seni Visual dapat dijalankan dengan baik...
Melihat kepada penyediakan alat bahan pengajaran PSV yang pelbagai ini membuat ku begitu teruja. Kotak merah ku pantas berfungsi dan menyusun satu set pemikiran terhadap perancangan pengajaran dan pembelajaran ku pada hari esok. Peminjaman alat bahan dari bilik ini juga tiada masalah dan aku telah membuat pinjaman pensel warna serta kertas lukisan...
Esok, aku akan memulakan langkah pengajaran ku di kelas 3 harmoni. beberapa perancangan mengenai tajuk, tema dan bidang telah dapat ku kenal pasti. Segala persiapan, kaedah dan teknik secara teoritis bakal ku terjemahkan ke dalam praktikum ini. Harapan ku agar segala apa yang baik pada hari ini menjadi kekuatan untuk aku menjadi lebih baik pada hari esok...Insyaallah(^^,)

Subscribe to:
Post Comments (Atom)

Design By WPThemesExpert | Blogger Template by Blogger Template Place