Another Templates

Followers

Cikgu Yaya ...

Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Malaysia
Masih menuntut di IPG Kampus Tuanku Bainun...Kos Pendidikan Seni Visual...Tamat pengajian pada November 2012...Sekolah pertama di SK Sri Penanti...
Powered by Blogger.

Praktikum oh praktikum...23 Mac 2011

Author: Buku Tulis Cikgu
Saturday, 16 April 2011
PERSATUAN PERMAINAN DALAMAN





Seronok melihat murid - murid ini diberi peluang
 untuk melibatkan diri dalam aktiviti permainan dalaman seperti ini. Mereka sangat bertuah kerana diberi kemudahan oleh pihak sekolah tanpa perlu membeli permainan - permainan ini untuk bermain. 

Saya di sini sebagai salah seorang guru
 Persatuan Permainan Dalaman berperanan mengawal serta memimpin mereka menjalankan aktiviti bermain permainan seperti Saidina, Sahiba,karom dan congkak. Kepuasan dan bangga apabila dapat membimbing dan mengajar mereka bermain adalah satu perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata - kata. Walaupun aktiviti ini dilihat sebagai aktiviti yang hanya memenuhi masa lapang, namun ia mampu menggalakkan nilai - nilai interpersonal dan intrapersonal mereka.



~ KERJA AMAL ~

Pada pagi itu juga, saya telah membantu Cikgu Vanidha 
untuk menghias bilik SAL dengan bantuan guru pelatih PBS. 

Kerja - kerja menggunting dan mewarna kapsyen sebelum ditampal...

Terima kasih Cikgu Fitri kerana membantu... (^^,)


Antara hasil kerja amal untuk menghias bilik SAL...

Post a Comment